Fly Away
Home About Follow Dash

owner[s]


" I just wanna fly away with my friend from all the bitch for a while "

tagboard




Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

::Wordless Saturday::
Friday 31 January 2014 • 02:11 • 0 underspell




BACALAH KEJAP.. TAK DOSA PUN.. DAPAT PAHALA FREE LAGI 
Sharing info moment.. Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."
Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun
Daripada Sepotong Ayatku 
Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut.. 

Assalamualaikum.

5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Cara senang utk dptkan pahala
walaupun slps mati . 
..Pasang kipas di surau/masjid
wlaupun 1 , setiap kali org guna ,anda dpt pahala walau slps mati .
Derma kerusi roda di
hospital . Setiap kali psakit guna , anda akn dpt pahala . 

Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala 

Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya .

Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka
mengamalkan pahala anda tetap ada .

Kongsi mesej ini kpd orang
ramai ... Walaupun 1 tolong
kongsikan kpd org, anda akan dpt pahala sbb anda telah brdakwah utk sampaikan ilmu.

InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2 ..

7 kalimat yg harus di biasakan.. 
1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu. 
2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu. 
3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk. 
4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg. 
5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.
6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian. 
7.Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya. 

Ada 2 pilihan utk anda : 
1.Biarkn sja text ini tanpa bermanfaat utk org lain. 
2.Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.
Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya, maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akann tetap memperoleh pahala.. 

Amiiin ya rabbal alamin
Semoga bermanfaat.
Amin....

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
ٍ


Credits : Syafiq Mazri → https://www.facebook.com/imamsyafiq.mazriii

visitlaa dia pnya wall,lgi bnyk post psl Islam .



Hanya mengambil masa 5 minit atau lebih .
Tuesday 21 January 2014 • 06:27 • 2 underspell




Tazkirah
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh 
makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


✐Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


✐Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


✐Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


✐Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


✐Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


✐Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


✐Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


✐Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


✐Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


✐Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


✐Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.


✐'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


✐Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz 
kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


✐Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.


✐Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


✐Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


✐Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


✐Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk me nimbang dosa.


✐Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


✐Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


✐Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.


✐Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


✐Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


✐Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


✐Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


✐Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang xdapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


✐Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Just share untuk pengetahuan bersama.Assalamualaikum peaco . ^_^v

credits : Syafiq Mazri(wall efbee)


Rindu dia.
Thursday 16 January 2014 • 12:52 • 0 underspell




Assalamualaikum and hye.AN owner in the house! -.-Okaylah.Sebenarnya aku rasa sejuk sangat sekarang ni.Baru lepas hujan kan?Sekarang ni tengah musim hujan.So,aku nak nasihatkan korang supaya minum banyak air,dan rajin-rajinlah visit blog kitaorang.Eh? :0


Oh,before that,aku nak bagitahu korang yang AN stands for Afiqah Natasha.Kalau ada perkataan yang tulis ND dalam new entry ke,itu Diyana punya post.

Ok.Seperti tajuk yang tertulis di atas,aku rindu dia.Opps.Bukan boyfriend aku eh,bestfriend aku.Nama dia Miss S.Dia dah pindah sekolah.Pergi asrama dekat Sabak Bernam tak silap aku.Aku kawan dengan dia sejak darjah ... 1,2,3..*kira dngn jari.Haa sejak darjah 1 lagi kitaorang kawan.Kalau campur dengan tahun lepas,dah 7 tahun.Lama kan?Sebab tu lah aku rindu dia..
Dulu kitaorang selalu lepak sama masa petang.Dengan Miss L sekali.Waktu malamnya pulak kitaorang pergi tuisyen sama-sama.Haa,rapat tak kitaorang?Ok hiraukan soalan ni.

Sebenarnya kan,aku pun tak tahu nak type apa sekarang nie.So aku main type jelah.asdfghjkl

Oklah assalamualaikum!Peaco ! ^_^v


::OUR CLASSMATE::
Sunday 5 January 2014 • 03:45 • 0 underspell




Assalamualaikum and hye.Nampak tak title kat atas tu?Dah nama pun classmate kitaorang,mestilah ada gmbr kwn kitaorang kn?Tkkanlah gmbr Kwangsoo plak?-.-

Okay.Stop membebel.Aq nk introduce girlfriends kitaorang dlu :

1 : yg pakai tdung bawal wrna hitam tu Diyana.For those yg baru bkk blog nie mmg tk tahulah sbb sblum nie kitaorang pakai simple template.(Aq ada ltak gmbr Diyana dngn aq dlm entri blog sblum nie)

2 : yg bwt thumbs up tu Adyani.Adyani ni mmg lwak.Klau duduk berborak dngn dia mmg tk sah klau tk glak(ok itu over).

3 : yg malu2 tk nk pndang camera tu Athirah.Dia pun 2x5=10 je dngn Adyani.Dh nama pun bestfriend kn?

4 : yg bwt peace tu..aq.Haha!Aq dh chubby skit.Berat aq pun dh naik.

5 : yg pkai tdung bawal wrna hitam tu,Iman.Aq tk brapa nk rapat sngt dngn dia.Entah.Aq pun tk tahu knapa.

6 : yg pkai cap tu Hasya.Yg ni..Blhlah rpt jgak(tu pun klau aq tnya soalan)

7 : Alia Nabilah yg pkai tdung sarung wrna hitam tu pun rapat jugak dngn aq.Tpi dia kata dia dh nak pindah.Huhu..Dia org kedua yg rpt dngn aq slps Diyana.Aq tk dpt imagine klau dia pindah nnti.Selama nie dia yg bnyk tgur aq klau aq buat silap ke,apa ke.

8 : yg pakai tdung bwl wrna biru tu(biru ke?)dia Athirah.

9 : yg comel,cute miut sblah Alia tu Aina.Dia ada kakak kembar sbnrnya,tp tkde plak dlm gmbr nie.


Haa!Yg nie kakak kembar dia,Alya.Kadang2 aq pun tersilap jugak panggil nama diaorang.Nasib baik bleh bezakan.(Alya ada taik lalat dkat tepi bibir dia,Aina tkde)


Yg nie boyfriends kepada kwn2 kitaorang.Aq tk brapa nk rapat sngt dngn diaorang.Klau bercakap pun psl homework je.

Yg tgh menari ala-ala zapin tu(Imanlah yg ckap)nama dia Syafiq.Dia ni alimlah jugak.Dh nama pun Imam Muda kat skolah.

Yg tgh pgang cwn tu Afiq.Dia pun Imam Muda.Haihh!Sng citer semua dlm gmbr ni Imam Mudalah!

Yg pndang camera tu Ahmad Danial.

Okay itu jelah yg aq nk post hri nie.Assalamualaikum.


THE UNSPOKEN - CHAP 7
Sunday 29 December 2013 • 07:54 • 3 underspell




CHAP 7-T.U

WAJAH Atiqah muram.Yana yang melihat dah pelik.Apasal dengan kenit ni?”Kau ni dah kenapa?Masuk-masuk kedai aku terus buat muka tempe tak laku kau tu.”

Atiqah buat don’t know.Rasa malas nak bercakap sekarang.

Yana bangun dan duduk di hadapan Atiqah.Dahi Atiqah ditunjal-tunjal bila Atiqah tidak menghiraukan percakapannya.Atiqah merenung tajam majikan dia yang satu ni.

Read more »

Labels:



INCHE REPORTER atau CIK REPORTER - SNEAK PEAK CERPEN
• 02:39 • 0 underspell



Inche Reporter atau Che Reporter?

“WEI,tu!Sana tu!Cepatlah!Snap!”

“Eissh!Mana?!Engkau ni!Tu,tu!Dah tahu aku ni rabun malam nak suruh aku nampak benda yang aku tak boleh nampak!”Dia luku kepala Ann dengan buku lima.Ann menggosok lembut kepala yang terasa pedih.

“Tu!Kau tak nampak ke?Kan aku dah pesan.Sebelum buat kerja,pakai spek,pakai spek!Kau tak nak dengar!”

Dia jegil mata dekat Ann.”Sesuka hati kau je kan nak marah aku!Kau tak ingat sape yang suruh aku buat kerja ni?Ke kau ada amnesia macam Fina dalam cerita favourite aku tu?”

Read more »

Labels:



THE UNSPOKEN - CHAP 6
Friday 27 December 2013 • 03:30 • 0 underspell





CHAP 6-T.U

SEDARI tadi mata Atiqah tajam menikam wajah Leo.Leo hanya tunduk menekur lantai simen yang tak bernyawa.Ash menikus di tempatnya.Kejadian di rumah Leo tadi terlayar di ruang mata.

Mata masing-masing terarah ke pintu kayu yang diketuk bertalu-talu.

Leo bingkas bangun.Kemeja yang dipakainya dibetulkan sedikit supaya tampak kemas.Pintu rumahnya adalah hala tujunya sekarang.

Terpacul wajah 6 orang lelaki separuh umur yang berkopiah bila Leo menguak daun pintu.

Read more »

Labels:



THE UNSPOKEN - CHAP 5
Thursday 26 December 2013 • 08:54 • 0 underspell




CHAP 5 – T.U

“MANA phone you?”Vivian menghala pandangan ke wajah Ash.Pelik.Selalunya kalau takde fon BB kesayangan Ash kat tangan tu memang tak sah.

Ash tarik muncung kat bibir.”Phone I dah kena langgar lari.”

Vivian kerut kening.Aik.Phone pun ada kena langgar lari ke?”Means?”

“Minggu lepas,I jalan-jalan dekat shopping mall,masa tu I tengah texting dengan babyboy I.Lepastu,tetiba ada orang langgar bahu I.Nasib baik I tak jatuh macam nangka busuk kat situ,kalau tak..,”Ash menghembus hingus ke tisu yang berada di dalam genggaman.Dia takkan menjadi seperti budak hingusan kalau tak menangis.

Read more »

Labels:



THE UNSPOKEN - CHAP 4
Wednesday 25 December 2013 • 04:48 • 0 underspell





CHAP 4 – T.U

“ATIQAH,take over kerja aku kejap.”

Yana terus berlalu  ke toilet yang terletak di belakang kedai.Atiqah hanya menurut.

Jari diketuk-ketuk pada permukaan meja.Tangan kiri diangkat untuk melihat jam.Lama lagi ke Yana ni?

Bunyi pintu kedai dibuka membuatkan Atiqah menongkat kepala.Alamak!Dia pulak yang datang?

Read more »

Labels:



THE UNSPOKEN - CHAP 3
• 04:41 • 0 underspell





CHAP 3-T.U

VIVIAN menyeluk poket seluar.Eh,mana phone aku ni?Ash yang sedang khusyuk berwhatsapp dengan babyboy dia dipandang.

“Ash,handphone I tertinggal dalam keretalah.Nanti you tolong orderkan untuk I ya?As usual,”pesan Vivian.Dia bangun dari duduk.

Baru je sampai kat depan tempat masuk kedai,tangan dia ditarik.
*********
MATA Farid melilau-lilau melihat sekeliling.Seorang perempuan yang baru bangun menjadi perhatiannya.Lantas langkah diatur mengikut perempuan itu.

Read more »

Labels:



THE UNSPOKEN - CHAP 2
• 04:32 • 2 underspell





CHAP 2-T.U

ATIQAH berlari-lari anak keluar dari perut kereta.Punat lock ditekan.Yana Florist adalah hala tujunya sekarang.

Go Atiqah!Chaiyokk!Jangan sampai kena bebel dengan bos!

BUKK!!

Atiqah terjatuh bila dilanggar seseorang.Dia menggosok punggung yang terasa pedih.Aduh!Makhluk manalah pulak yang langgar aku ni?

Read more »

Labels:



THE UNSPOKEN - CHAP 1
Saturday 21 December 2013 • 13:07 • 0 underspell



CHAP 1- T.U
VIVIAN kerling Spirit di tangan kiri.Mana Ash ni?Kaki kanan dibiarkan menguis tanah.

Toyota Camry yang terparkir di hujung jalan dipandang.Dia picingkan mata.
BDW3041?Macam kenal je nombor plat ni..Vivian panjangkan kaki mendekat dengan kereta tu.

Humph..Patutlah macam kenal..
Read more »

Labels:



GONE - CERPEN
Sunday 15 December 2013 • 04:38 • 0 underspell





JARI jemarinya menari di atas kekunci piano.Melodi yang indah terhasil.Memecah kesunyian bilik yang menempatkan alat-alat muzik yang lain.Matanya terpejam rapat seolah menghayati muzik yang dimainkan.Bila matanya dibuka semula,tiada apa yang dapat dilihat.

Dia sudah biasa begini.Dunianya hanya dipenuhi lorong hitam.
Alat muzik adalah penemannya setiap hari.Bahkan keluarganya tidak pernah mempedulikannya.Seolah dia tidak wujud di dunia ni.

Read more »

Labels: