Fly Away
Home About Follow Dash

owner[s]


" I just wanna fly away with my friend from all the bitch for a while "

tagboard




Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

GONE - CERPEN
Sunday 15 December 2013 • 04:38 • 0 underspell





JARI jemarinya menari di atas kekunci piano.Melodi yang indah terhasil.Memecah kesunyian bilik yang menempatkan alat-alat muzik yang lain.Matanya terpejam rapat seolah menghayati muzik yang dimainkan.Bila matanya dibuka semula,tiada apa yang dapat dilihat.

Dia sudah biasa begini.Dunianya hanya dipenuhi lorong hitam.
Alat muzik adalah penemannya setiap hari.Bahkan keluarganya tidak pernah mempedulikannya.Seolah dia tidak wujud di dunia ni.


Kawan?Tidak pernah wujud di dalam kamus hidupnya.Siapa yang hendak berkawan dengannya jika keadaan dirinya seperti ini?Dia tempang!Manusia hanya mementingkan rupa paras sahaja.Luaran yang dipandang,bukannya dalaman seseorang.

Keluhan dilepaskan.Melodi yang dimainkan tadi dihentikan.Perlahan-lahan dia bangun.Tangannya mencapai tongkat yang selalu digunakan. Dia mengatur langkah penuh berhati-hati.

Tombol pintu dipulas.Langkahnya dibawa menuju ke dapur.

Semasa menuruni anak tangga,dia terserempak dengan Dato’ Rahman. Seorang wanita yang hanya memakai tube dengan skirt mini sedang memapah lelaki itu.

Rania memandang jelak lelaki dan wanita yang beberapa meter di hadapannya.

Dia sudah biasa dengan keadaan begitu.Semua orang dalam rumah ni bagaikan tiada agama.Semuanya ikut haluan hidup masing-masing.Tak pernah nak masuk campur hal orang lain.
********
RANIA melunaskan pandangan pada langit yang luas terbentang.Burung-burung bebas berterbangan di mana-mana sahaja.Pernah dia terfikir,alangkah bagusnya kalau dia boleh menjadi seperti burung.Tidak terkurung di dalam sangkar sepanjang hari.Seperti yang dialaminya sekarang.Rumah yang didiami bersama keluarganya bagaikan ‘neraka’.

Memang pada pandangan orang lain,dia bertuah.Bertuah kerana mempunyai segalanya.Rumah yang besar,kereta mewah.

Tapi itu pada pandangan orang lain.Mereka tidak pernah mengalami keadaan sepertinya.Sekali lagi dia mengeluh.

“Tak baik mengeluh.”

Rania berpaling ke arah suara yang didengarinya tadi.Dia mendengus.

“Kau kalau sehari tak boleh ke tak ganggu aku?”

Rania kalih pandang ke hadapan pula.Malas nak pandang manusia yang entah-dari-mana datangnya.

Uwais tersenyum.Penyapu yang dipegang tadi dibawa bersama.

Rania menoleh bila dirasakan ada seseorang duduk di sebelahnya.Dia buat 
muka menyampah.

“Woi tukang sapu!Kau takde kerja ke?Lebih baik kau blah dari sini!Sebelum aku report kat papa yang kau tak buat kerja!”halau Rania.

Uwais sedikit pun tidak gentar.Dia sudah biasa.Dicerca,dihina,malah lebih dari apa yang Rania buat dekat dia pun dia pernah lalui.

“Kalau awak nak report kat papa awak,reportlah.Saya tak kisah.Silakan,”selamba Uwais berkata.

Rania bersedia untuk bangun.Tongkat disebelahnya dicapai.Aikk.Mana tongkat aku ni?

“Macam mana awak nak pergi kalau takde benda ni?”

Uwais menunjukkan tongkat yang berada dipegangannya.

Rania melongo.Selepas itu dia merengus geram bila melihat Uwais tersenyum mengejek kepadanya.

Uwais bangun.Tongkat tadi diserahkan kepada Rania.Bila Rania hendak mencapai,dia menarik semula tangannya.

Uwais bermain-main dengan tongkat itu.Dia berjalan seperti orang tua menggunakan tongkat Rania.

Rania terasa seperti hendak menangis.Dia berasa kecil jika hendak dibandingkan dengan Uwais.Tukang sapu yang bekerja di rumah agam milik keluarganya.

Uwais tidak mengendahkan Rania yang sudah tercebik-cebik nak nangis.

“Apa yang awak rasa bila orang buat macam ni dekat awak?”

Soalan itu membuatkan Rania terkesima.

“Awak rasa sakit hati,rasa nak hentak kepala dia dengan batu,campak dia dalam lombong,iye tak?”

Uwais sengaja berkata begitu.Dia hendak memberi pengajaran kepada Rania.Biar Rania tahu,yang orang sepertinya bukan patut dipandang hina.

Rania menangis teresak-esak.Sungguh dia terasa dengan percakapan Uwais.Sebelum ini ada juga Uwais menasihatkannya,tapi bagaikan menyimbah air ke atas daun keladi.Tapi kenapa sekarang dia mudah terasa?Kenapa?

Jejaka itu duduk bertinggung di depan Rania.”Macam nilah.Cuba awak letak diri awak dekat tempat saya.Di tempat pengemis yang ada dekat luar sana.Saya rasa baru awak tahu apa yang diaorang rasa agaknya.”

Dagunya sengaja digosok-gosok seperti sedang berfikir.

Rania diam.Dia mencongak-congak ayat yang Uwais cakap tadi.Apa yang aku rasa?

Dia membetulkan suaranya yang serak.”Kau sengaja nak perli aku kan?”

Uwais tersenyum lagi.Kali ni lebih ikhlas.”Pandainya awak.Saya baru je nak cakap,tapi awak terus jump to conclusion.”

Jujur dia berkata.Tapi jujur itulah yang menyakitkan hati Rania.

Rania merampas tongkat yang dipegang Uwais.Sejurus itu,dia bingkas bangun.

“Kalau kau datang sini sekadar nak sakitkan hati aku,lebih baik kau buat je kerja kau.”
********
GADIS itu seperti tercari seseorang.Mana pulak dia ni?Selalunya time macam ni dah ada kat sini.

“Awak.”

Dia pandang Uwais.Baju t shirt yang dipakai lelaki itu basah di bahagian lengan.

“Lama tunggu?”Uwais mengelap rambutnya yang masih basah dengan tuala kecil.

“Siapa yang tunggu awak?Saya cuma ambil angin je kat sini.”Rania berdalih.

Uwais senyum nakal.“Siapa cakap awak tunggu saya?”

Refleks Rania kalih pandang Uwais.”Tadi awak cakap?”

“Saya tak cakap pun.”Uwais sengaja putar belit ayat.

“Tadi awak cakap yang saya tunggu awak.”Dahi Rania berkerut.

“Mana ada.”

“Ada.”

“Jadi betullah yang awak tunggu saya?”

“Yelah.”

Rania menekup mulutnya.Uwais gelak.”Hah!Kan betul apa yang saya cakap.”

Rania sedar dia dipermainkan Uwais.Baru je tangan dia nak cubit Uwais,Uwais mengelak.

“Tak boleh,bukan muhrim.”

Rania terkebil-kebil memandang Uwais.”Bukan..muhrim?”

Pertanyaan Rania mengejutkan Uwais.Takkanlah..

“Awak jangan cakap yang..awak tak tahu bukan muhrim tu apa.”
Rania tunduk menekur tanah.Lambat-lambat dia mengangguk.

Rahang bawah Uwais jatuh.
********
“Ok.Yang ni,alif.Sebut a…lif,”Uwais sengaja menyebut dengan kuat.Jari telunjuknya dituding ke huruf jawi.

Rania buat muka toya.”Awak ingat saya ni pekak ke?”

Uwais tarik sengih.”A’ah,saya ingat awak ni dalam golongan tu.”

Mak Timah tarik telinga Uwais.”Eish kamu ni.Yang menyibuk dekat sini kenapa?Tak reti-reti nak buat kerja lain ke?Tu.Kat luar tu banyak lagi sampah yang kamu kena sapu.”

Uwais menggosok telinganya yang terasa pedih.”Aduh ibu ni sakitlah.Tak kesian ke dekat Is?”

Uwais buat muka comel.Rania terasa hendak muntah hijau.

“Nia,kamu jangan kisahkan sangat budak Is ni.Dia memang selalu macam ni.Manja tak bertempat.Dah tua bangka pun nak bermanja dengan makcik.”

Uwais pamer mimik muka sedih.Rania ketawa mengekek.

“Give me five makcik!”

Mak Timah dah join group Rania.Group sakat Uwais!

Uwais rasa dipinggirkan.Huhu sedihnya..

Rania merenung wajah Uwais.Sekarang ni dia dan Uwais sudah berkawan rapat.Uwais pun banyak mengajar dia tentang agama.Alhamdulillah.Sekarang ni dia terasa lebih tenang berbanding dahulu.

“Ehem,ehem.”

Mak Timah berdehem.

Rania masih leka merenung anak teruna orang.

“Ehem.”Kali ni lebih kuat dari tadi.
Rania tersedar.Pipi dia dah blushing.Uwais tersenyum nakal.

Mak Timah yang nampak senyuman-nak-menyakat dekat bibir Uwais tu tepuk perlahan peha anak bujang dia.

“Kamu jangan nak menyakat budak Nia ni,”perlahan tetapi tegas Mak Timah 
berkata.

Uhukk..Uhukk..Uwais terbatuk.

“Eh,awak okay ke?”

Rania bertanya cemas.

Uwais tersenyum pahit.”Risau jugak awak dekat saya.”

Mak Timah menggosok belakang badan anaknya.”Nia,boleh tak Nia balik dulu?Is ni nak berehat.”

Rania sekadar menjatuhkan kepala beberapa kali.Dia bangun setelah tongkat dicapai.

Pintu kayu dibuka.Sebelum itu,dia talakan pandangan pada Uwais yang juga memandangnya.Pandangannya sayu.
********
PINTU biliknya ditutup.Dia menyandarkan badan pada pintu.Kenapa aku rasa cemas tadi?Aku rasa macam..tak nak kehilangan dia..

Perlahan-lahan badannya melurut jatuh.Ataupun..aku dah..jatuh cinta dengan dia..?
********
KETUKAN bertalu-talu di pintu mencelikkan matanya.Rania turun dari katil.Dia menggeliatkan badan.

Setelah pintu dibuka,terpacul wajah Dato’ Rahman.

“Jumpa papa dekat ruang tamu,”mendatar sahaja suara Dato’ Rahman.Selepas itu,dia berlalu.
********
RANIA tidak berani mengangkat muka.Dia gerun memandang papanya yang sudah bertukar menjadi harimau.

Uwais juga sama.Dia duduk di sebelah Rania tapi jarak tetap jauh.

“Kamu berdua memang ada hubungan kan?”
Dato’ Rahman bertanya.

Masing-masing menggeleng.Lelaki separuh abad itu tersenyum sinis.

“Kamu ingat papa bodoh ye,Nia?”

Sekali lagi Rania menggeleng.

“Kau Uwais!Aku bagi amaran dekat kau!Jangan sesekali dekat dengan anak aku!”

Kali ini Rania mendongak memandang Dato’ Rahman.”Papa!”

“Nia diam!”

Suara yang bagai halilintar mendiamkan Rania.

Uwais bangun.Dia memberanikan diri berhadapan dengan majikannya.

“Mak saya tak pernah ajar saya untuk berkasar dengan orang yang lebih tua dari saya.”Dato’ Rahman hanya mengerling dengan ekor mata.”Tapi Dato’ tak sepatutnya buat anak Dato’ macam tu.”

Tutur Uwais dengan tenang.

“Kau takde hak nak masuk campur hal aku!Ingat,kau tu cuma tukang sapu je dekat rumah aku!”tengking Dato’ Rahman.

Rania memeluk kaki milik papanya.”Papa,tolong jangan buat Nia macam ni..Tolonglah papa..Nia sayangkan Uwais..”

Rania terus merayu.Dia tidak sanggup kehilangan Uwais.Dia sudah mula sayangkan lelaki itu.

Uwais cuba membangunkan Rania.Tetapi Dato’ Rahman menolak kasar bahu itu sehingga Uwais terjatuh ke atas permaidani.

“Uwais!”Rania mengengsot untuk mendapatkan Uwais.

Kepala Rania terhantuk kuat pada kerusi kayu jati yang terdapat di ruang tamu itu apabila Dato’ Rahman menolaknya.

“RANIA!!”

Suara Dato’ Rahman bersatu dengan Uwais.
********
Dato’ Rahman mundar-mandir di hadapan wad 301.Tangannya dibawa memicit pelipis.Ya Allah..Apa yang aku dah buat ni?

Pintu yang dibuka dari dalam membuatkan Dato’ Rahman kalih pandang.
Doktor Alief menggantungkan steteskop di leher.”Anak Dato’ semakin stabil sekarang.”Dato’Rahman menghela nafas lega.”Boleh Dato’ ikut saya sebentar?”

Dia menjatuhkan kepala beberapa kali.
********
DATO’ Rahman tersandar lemah di kerusi.Dia meraup muka.Air mata jantannya terasa mengalir.Tapi tidak diseka.

“Kadang-kadang kita lupa.”Dia menoleh.”Lupa dari mana datangnya kita.Sampai nyawa orang lain terancam kerana tamakkan harta.”

Dato’ Rahman tercengang.

“Saya tak marahkan Dato’ sebab Dato’ anak saya dah tak ada.Tapi saya marah bila Dato’ sanggup pisahkan hubungan kawan antara anak Dato’ sendiri dengan Uwais.”

Dato’ Rahman mencerna kata-kata wanita itu.Hubungan..kawan?

Ya Allah!Air matanya terus lebat menuruni lekuk pipi.

“Ya.Betul.Saya dan anak saya sekadar menumpang di rumah Dato’.Betul.Anak saya hanya bekerja sebagai tukang sapu,tapi itu tak bermakna Dato’ boleh menghina kami sesuka hati.”

Usai berkata,Mak Timah terus melangkah meninggalkan Dato’ Rahman.
********
RANIA membuka matanya perlahan-lahan.Kenapa gelap je ni?

“Nia..”Terasa tangannya digenggam seseorang.Uwais ke?

“Uwais awak tak apa-apa kan?Awak okay?Saya rindukan awak.”
Rania terus memeluk ‘Uwais’.
“Nia,ni papa Nia..”

Rania terus menjarakkan dirinya dari Dato’ Rahman.

“Nia..Papa minta maaf..”Dato’ Rahman cuba memegang tangan milik anaknya.

Rania menarik tangannya kasar.”Rania,tak baik buat macam tu.Kamu nak jadi anak derhaka ke?”

Suara Mak Timah kedengaran.

“Makcik,mana Uwais?Nia nak jumpa Uwais.Nia rindu Uwais.”Tanpa segan-silu Rania bersuara.

Mak Timah menekup mulutnya.Mengelakkan tangisnya didengari Rania.

“Mak Timah..Mana Uwais?Makcik cakap dengan saya!Makcik!”Rania terus menerus menggesa Mak Timah.

“Kenapa Nia tak boleh nampak apa-apa?!Kenapa?!”

Tangisan Rania akhirnya pecah.Banyak persoalan yang berada di benaknya.Kenapa dia tak nampak apa-apa?Mana Uwais?Apa yang dah jadi dengan Uwais?
********
RANIA duduk di hadapan piano.Dia sudah tidak mampu bermain piano.Dia sudah buta!Sejujurnya dia memang berasa sedih.Tetapi setelah lama berkeadaan begitu,dia hanya mampu menerima dengan redha.

Bunyi pintu berkeriuk bila dibuka dari luar.Mesti Uwais!

"Uwais,jomlah teman saya main piano.Awak pernah main piano untuk saya kan?”Beria-ria dia mengajak ‘Uwais’.

Bila derap kaki ‘Uwais’ menghampiri piano,dia segera menarik tangan ‘Uwais’ supaya duduk disebelahnya.

Chord untuk lagu Saat Terakhir bergema di dalam bilik.
********
DATO’ Rahman meniti anak tangga untuk menuju ke bilik Rania.Pintu bilik Rania dibuka,tak ada.Selepas itu dia beralih pula ke bilik yang biasa dimasuki Rania.

Bila pintu dibuka,belakang tubuh Rania yang menyapa pandangan.

“Uwais,jomlah teman saya main piano.Awak pernah main piano untuk saya kan?”Beria-ria dia mengajak ‘Uwais’.

Dato’ Rahman terasa hendak menangis.

Dia menghampiri Rania.Rania menarik tangannya sehingga dia terduduk di atas kerusi.

Jari-jemarinya terus diletakkan di atas kekunci piano.Muzik yang biasa dimainkan arwah Uwais dimainkan semula.Sambil itu,air mata jantannya menitis buat kesekian kalinya.
********
RANIA menepis kasar barang-barang yang ada di sekelilingnya.Dia marah!Marah kerana telah ditipu hidup-hidup oleh papa dan Mak Timah!

Dia terdengar perbualan Dato’ Rahman dan Mak Timah semasa dia hendak turun ke dapur untuk mengambil minuman.

Dan antara isi yang dibincangkan mereka ialah Uwais dah tak ada!

“Papa jahat!Semua orang jahat!Kenapa tak pernah bagitahu Nia yang Uwais dah meninggal?!Kenapa?!”

Dia berteriak.Jeritannya di dengari Dato’ Rahman dan Mak Timah.Mereka meninggalkan ruang makan dan bergegas menuju ke bilik Rania.

Dato’ Rahman menolak daun pintu.”Ya Allah Nia!Kenapa ni?”Dia menarik Rania ke dalam pelukan.

Rania memukul dada papanya.Dato’ Rahman segera menangkap kedua belah tangan anaknya.Sakit di dadanya tiada siapa yang tahu.

“Papa jahat!Papa tipu Nia!Semua orang tipu Nia!Kenapa Nia tak pernah tahu yang Uwais dah meninggal?!Kenapa?!”

PANG!!

Tamparan tepat mengenai pipi Rania.Dia memegang pipi yang terasa pijar.

“Rania!Kamu dah melampau!”Melengking suara Mak Timah memarahi Rania.

“Kami minta maaf sebab rahsiakan perkara ni dari kamu.Kami buat ni bersebab!”

Rania membisu.Bersebab?

Mak Timah mengusap dada seolah membiarkan rasa marah yang mula merajai hati berlalu.

“Sebelum arwah Is meninggal,dia suruh rahsiakan perkara ni dari Nia.Dia tak nak Nia sedih bila dah tahu yang dia dah tak ada.”Mak Timah menyeka air matanya.

“Tapi kenapa?Kenapa Uwais suruh rahsiakan?”Rania menyoal.

“Arwah Is sebenarnya…sebenarnya,”

“Sebenarnya apa?!”

“Arwah Is menghidap barah paru-paru.Tahap 4.”

********
RANIA menahan air matanya dari jatuh.Dia kena kuat.Dia kena tabah.Dia dah janji dengan arwah Uwais yang dia takkan menangis bila Uwais dah tak ada.Dia dah janji.

“Uwais,kenapa awak tinggalkan saya?Awak dah janji kan yang awak takkan tinggalkan saya?Baliklah Is..Saya rindu awak..”

Dia terus mengongoi.Pusara yang berada didepannya dipeluk.

“Awak tak kesian kat saya ke?Awak dah janji yang awak nak kahwin dengan saya bila awak dah kumpul duit banyak-banyak.”

Dia terus bercakap sendirian.Sekejap-sekejap dia tertawa.Lepas tu,dia menangis.Tapi apa dia kisah?Semua orang tak faham apa yang dia rasa..Semua orang tak tahu apa yang dia alami..Semua orang tak tahu!

Mak Timah memegang bahu Rania.”Nia,dah jom balik.Berapa lama lagi Nia nak duduk dekat sini?Kalau Uwais tahu mesti dia sedih.Dah,jom balik ya?”

Dia memujuk Rania.Rania menggelengkan kepala.”Taknak.Uwais dah janji dengan Nia yang dia takkan tinggalkan Nia.Nanti mesti dia datang balik.”

Muka Mak Timah dah lencun dengan air mata.

Mak Timah berkeras.Dia menarik badan Rania yang sudah semakin kurus itu.

“Makcik!Saya tak nak balik!Saya nak tunggu Uwais!”Rania meronta-ronta hendak melepaskan diri dari pelukan Mak Timah.

Mak Timah memeluk kejap Rania.

“Uwais dah janji..Mak Timah..”Rania tersedu-sedan.

Mak Timah mengangguk dalam tangisan.”Nanti kita datang lagi ya?Dah.Takmo nangis-nangis macam ni.Nanti Uwais tak suka.”

Rania mengangguk-angguk seperti budak kecil.Mereka berjalan beriringan keluar dari tanah perkuburan.Dia menoleh walaupun pandangannya hitam.Uwais..Saya janji yang saya akan selalu ingat kat awak..Saya janji..
********
p/s:Percubaan pertama dalam menulis cerpen.Enjoy ur reading!

Labels:



0 Comments:

Post a Comment


|