Fly Away
Home About Follow Dash

owner[s]


" I just wanna fly away with my friend from all the bitch for a while "

tagboard




Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

THE UNSPOKEN - CHAP 7
Sunday 29 December 2013 • 07:54 • 3 underspell




CHAP 7-T.U

WAJAH Atiqah muram.Yana yang melihat dah pelik.Apasal dengan kenit ni?”Kau ni dah kenapa?Masuk-masuk kedai aku terus buat muka tempe tak laku kau tu.”

Atiqah buat don’t know.Rasa malas nak bercakap sekarang.

Yana bangun dan duduk di hadapan Atiqah.Dahi Atiqah ditunjal-tunjal bila Atiqah tidak menghiraukan percakapannya.Atiqah merenung tajam majikan dia yang satu ni.


“Boleh tak kalau sehari kau tak cari pasal dengan aku?!Boleh tak?!”Yana terkesima.Tak pernah-pernah Atiqah meninggikan suara bila bercakap dengan dia.Memanglah dia selalu buli Atiqah,tapi Atiqah diam je.”Aku dah penatlah..Nak layan adik aku yang dah serupa beruk kat rumah tu,lepas tu nak layan kau lagi..”

Suara Atiqah mengendur.Dia bangun.Beg tangan dicapai sebelum meninggalkan Yana yang kelihatan serba salah.

“Aku nak pergi solat dulu.Sorry sebab tengking kau tadi.Aku half day hari ni.”
*********
DIA duduk di salah satu bangku yang terletak berhadapan dengan tasik taman rekreasi.Tisu dikeluarkan dari dalam handbag untuk mengelap muka yang masih basah dengan air wuduk.Selepas itu tisu yang digunakan tadi dibuang ke dalam tong sampah yang berdekatan.

Farid menanggalkan earphone yang dipakai.Langkah kakinya dihayun mendekati seorang gadis yang sedang duduk bersendirian.

“Hai..Sorang je ke?”

Ayat tipikal nak tackle perempuan lah tu.Atiqah cebikkan bibir.”Eh.Awak buta ke?Tak nampak ada tiga orang kat sini?”

Farid tarik sengih.Dia mengintai sedikit wajah Atiqah.Macam kenal je minah ni?”Awak rasa kita pernah jumpa ke?”Soalan tu buatkan Atiqah berpaling memandang Farid.

“Tak.”Dia menjawab sebelum talakan pandangan ke hadapan semula.

Kening Farid hampir bercantum bila dia cuba mengingat sesuatu.Cuba ingat balik mana kau jumpa minah ni Farid..

“Hah!”
Jari telunjuk ditudingkan ke arah Atiqah.”Saya dah ingat mana saya pernah jumpa awak..”Suara Farid meleret-leret.Atiqah dalam dunianya sendiri.

“Hari tu awak lagi sikit je nak langgar saya,kan?”

Senyap.

“Hello?Awak dah sampai mana ni?”

Masih tak ada respons.Farid merengus perlahan.Dia sengaja tak nak cakap dengan aku sebab hari tu aku berlakon jadi pekak ke?”Okaylah saya pergi 
dulu.Buat apa nak bercakap dengan orang yang tak sudi kan?”

Farid bangkit berdiri.Dia berura-ura hendak pergi.Tapi tak sampai selangkah dia berpaling ke belakang semula.

”Saya cakap dengan awak ni!”

Atiqah mengangkat kepala bila terdengar seseorang memanggilnya.Wajahnya innocent memandang Farid.”Awak ada cakap apa-apa ke?”

Farid terasa disindir.Yelah,time diaorang jumpa dulu Atiqah ada tanya dia tapi dia tak dengar pun.Leka sangat tenung anak dara orang.Huhu..

“Sebenarnya..Sebenarnya..,”

Atiqah hanya menunggu Farid menghabiskan bicara.”Sebenarnya apa?”

“Sebenarnya saya suami dia!”Ucap Farid senafas.Dia menepuk mulut.Apa yang kau merapu meraban ni Farid?!

Atiqah yang melihat tingkah laku Farid tergelak kecil.”Haha..Apalah awak ni..,”

“Farid.”Pintas Farid.

“Thanks Farid.At least hati saya rasa tenang jugak sekarang.”Atiqah berkata ikhlas.Farid dipandang dengan senyuman nipis.

Jejaka itu membalas senyuman Atiqah.”Erm..Boleh saya tahu,kenapa awak macam bad mood je hari ni?”Senyuman Atiqah pudar.Farid yang menyedari perubahan wajah Atiqah cepat-cepat bersuara.“Sorry kalau buat awak tak selesa dengan soalan saya..”

“Sebenarnya adik saya hampir kena tangkap khalwat.”Atiqah bercerita tanpa menghiraukan Farid yang dah melongo.

“Alhamdulillah masa tu saya ada dekat rumah.”

“Awak tinggal dengan adik awak ke?”Farid mencelah.Atiqah hanya mengangguk.

“Saya tinggal berdua dengan adik saya.Mak dengan baba saya..dah lama meninggal.”Atiqah seka air matanya.Serta-merta fikirannya teringatkan ibu bapanya yang sudah lama kembali ke Rahmatullah sejak umurnya berusia 16 tahun lagi.Leo pula ketika itu berumur 14 tahun.Dia tidak dapat menerima kenyataan yang babanya meninggal kerana dilanggar lari.Semuanya salah dia!Kalaulah dia tak memaksa Encik Khalid supaya pergi ke kedai semasa hujan lebat,pasti babanya masih hidup sekarang!

Astaghfirullahalzim..Segera dia beristighfar di dalam hati bila dia seakan melawan takdir.

Farid rasa serba salah bila melihat Atiqah menangis.

Atiqah mengesat air mata sebelum bangkit berdiri.Farid hanya memerhati.”Okaylah.Saya balik dulu.Sorry sebab awak terpaksa tadahkan telinga awak dengar cerita saya yang tak seberapa ni.Assalamualaikum.”

Hanya itu yang terluah dari bibir Atiqah sebelum berlalu pergi.

“Waalaikumussalam..”Balas Farid perlahan setelah Myvi milik Atiqah menderum laju meninggalkan tempat itu.
*********
ASH menekup muka dengan kedua belah tapak tangan.Dia menangis teresak-esak.Dia malu.Dalam pada masa yang sama dia rasa marah kepada diri dia sendiri.Kenapa kau jadi bodoh sebab jantan tu?!Kenapa?!

Tapi,tu hadiah yang arwah kakak aku bagi.Hati dia berbelah bagi.Sama ada pergi minta maaf dengan Leo ataupun balik rumah mama.Gambar yang berada di tangan ditenung.Setitis air mata jatuh ke pipi.Kenapa kau tak ingat dekat aku?Kau dah lupa ke janji kau dekat aku?!

Kali ni air mata dia semakin deras.

Budak perempuan itu memandang budak lelaki di sebelahnya penuh bermakna.Walaupun dia tak tahu apa itu sayang,tapi dia tahu,yang dia suka dekat budak lelaki ni.

“Sagi..,”seru Ash.Budak lelaki di sebelahnya kalih pandang dia.Sagi menjongket kening bertanya ‘kenapa’.

”Erm..Boleh tak awak janji dengan kita?”Ash jawab dengan soalan.

“Janji apa?”soal Sagi dingin.Ya.Dingin.Dia memang begitu.Tapi hanya bila berada dekat dengan Ash.Dengan orang lain boleh pulak dia gelak besar.

Ash teragak-agak hendak menyuarakan pendapatnya.”Kalau dah besar nanti awak pergi belajar dekat luar negara,awak janji yang awak takkan lupakan saya tau.Walaupun awak layan saya nak tak nak.”Budak lelaki itu picingkan mata.Selepas itu wajah Ash dipandang jengkel.”Kau betul nak aku janji?”

 Angguk.

“Tak menyesal?”

Angguk lagi.

Sagi berfikir sejenak.”Erm..Okeylah.”

Ash tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya.Tidak pernah Sagi hendak berbaik-baik dengan dia.Tapi sekarang mungkin Sagi dah penat nak melayan dia macam ni kot.Dingin.

*********

Labels:



3 Comments:

Blogger Qeela said...

singgah balas kunjungan awk. :)

http://ourrandomrainbow.blogspot.com

30 December 2013 at 01:42  
Blogger Karen Monica said...

Nice..tapi kena start baca dari chp 1 nanti. :)

4 January 2014 at 06:14  
Blogger Unknown said...

puteri kasih : thanks sudi baca entri kat blog nie :)

5 January 2014 at 00:50  

Post a Comment


|