Fly Away
Home About Follow Dash

owner[s]


" I just wanna fly away with my friend from all the bitch for a while "

tagboard




Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

INCHE REPORTER atau CIK REPORTER - SNEAK PEAK CERPEN
Sunday 29 December 2013 • 02:39 • 0 underspell



Inche Reporter atau Che Reporter?

“WEI,tu!Sana tu!Cepatlah!Snap!”

“Eissh!Mana?!Engkau ni!Tu,tu!Dah tahu aku ni rabun malam nak suruh aku nampak benda yang aku tak boleh nampak!”Dia luku kepala Ann dengan buku lima.Ann menggosok lembut kepala yang terasa pedih.

“Tu!Kau tak nampak ke?Kan aku dah pesan.Sebelum buat kerja,pakai spek,pakai spek!Kau tak nak dengar!”

Dia jegil mata dekat Ann.”Sesuka hati kau je kan nak marah aku!Kau tak ingat sape yang suruh aku buat kerja ni?Ke kau ada amnesia macam Fina dalam cerita favourite aku tu?”


Ann juihkan bibir.Tak habis-habis dengan citer playboy tu!”Macamlah aku tak tahu kau tengok cerita tu sebab ada Fattah Amin!Lagi nak kelentong aku cakap cerita tu sweetlah,apalah.Pegidah!”

”Oh kau nak aku pergi kan?Okay aku pergi.”Dia bangun dari duduk bertinggung.Ann yang melihat cepat-cepat tarik hujung cardigan sepupu dia tu.Dia terduduk balik.Akibatnya harem pants yang dipakai terkena lopak.

“Kau ni!Tengok!Habis seluar kesayangan aku dah kotor!”

Ann hanya tayang muka tak bersalah dan tunjuk peace.Dia kalih pandang ke tempat sasaran.Bahu Nurul ditolak-tolak sambil pandang rumah teres dua tingkat yang terletak di hujung jalan. Nurul yang faham mengangkat malas EOS 650D Kit II yang dipegang.

‘KLIK!’

Gambar yang baru diambil tadi dilihat.Erm..Perfect!

“Erm..Bolehlah ni.Dahlah.Jom balik.Kang tak pasal-pasal pak guard tu nampak kita kat sini,”putus Ann.
                                                *  *  *
MATA Nek Yah melotot memandang Kamal.Kamal yang tengah minum air kopi tu angkat muka pandang mak dia.Apasal tenung aku macam nak telan ni?

“Mak lapar ke?”soal dia tanpa selindung.

Nek Yah menjeling.Tangan dibawa memeluk tubuh.”Kalau aku lapar sekalipun takdelah sampai nak menelan kamu.”

Kamal tarik sengih.Macam tahu-tahu je yang dia nak kenakan mak kesayangan dia ni.

“Alaa.Mak ni tak sportinglah.Baru je nak manja-manja dengan mak.”Punggungnya dilabuhkan di sisi Nek Yah.Kepala dilentokkan ke bahu mak dia.Nek Yah masih dalam posisi yang sama.Macamlah aku tak kenal kau Kamal.Ada je masa kau nak kenakan aku.

Nek Yah bingkas bangun.Kamal yang tidak bersedia apabila Nek Yah berdiri terus terjatuh mengiring.

Aduh!Kalau macam ni hari-hari boleh biul kepala aku!Eleh nak gelaklah tu!Dia cebikkan bibir bila nampak senyum mengejek Nek Yah.“Mak ni.Kalau nak gelak,gelak jelah.Tak payah nak sorok-sorok.”

Nek Yah hampir lupa tujuan dia bangun tadi.Langkah diatur menuju ke biliknya.

Kamal hanya membiarkan.Newspaper di atas meja makan dicapai.Artikel-artikel terbaru dibaca.Humph.Tak habis-habis dengan tangkap khalwatlah,apalah.Haisshh..Dunia,dunia.Cawan diambil sebelum kopi dihirup perlahan.

Nek Yah kembali ke meja makan dengan sampul surat yang sebesar A4 di tangan.

Air yang Kamal minum tadi hampir tersembur bila Nek Yah lemparkan sampul surat tadi di depannya.”Amboi mak!Nak bergurau petang-petang macam ni pun agak-agaklah.Nasib baik saya tak tersedak tadi.”

Nek Yah senyum.Senyum yang Kamal tak tahu nak klasifikasikan senyuman apa.

Kalau aku tunjuk apa yang ada dalam sampul surat ni,agaknya kamu fikir aku bergurau ke?”

Nek Yah keluarkan beberapa keping gambar dari sampul surat tu.

Bebola mata Kamal hampir terjojol keluar.”Ma..mana mak dapat gambar ni?”Gambarnya yang sedang berpelukan dengan Lily dipandang.

Senyum Nek Yah menyenget.

“Spy mak tangkapkan gambar ni untuk mak.”

Tenang Nek Yah menjawab.Kamal dah macam cacing kepanasan dekat situ.

“Ada apa-apa yang kamu nak cakap sebelum kamu clash dengan Lily?”

Kelu lidah Kamal hendak menjawab.Dia hanya mampu pasrah dengan hukuman yang akan dijatuhkan Nek Yah.Ceyh.Ayat sadis betul.
*  *  *
KAMAL keluarkan luggage dari dalam bonet kereta.Wajahnya monyok.Wak Karim sekadar buat tak tahu.Dia tahu kenapa anak bujang sorang dia ni monyok.Mesti sebab bini dia reject girlfriend Kamal lah tu.

Nek Yah rasa nak tergelak bila pandang muka anak dia yang dah macam cekodok basi tu.”Dah.Tak payah nak buat muka macam tu.Dah macam tikus mondok aku tengok.”Kutuk dia sengaja.Kamal tidak membalas apa-apa.

Hyundai Veloster yang baru diparkir di halaman rumah dipandang sekilas lalu.Luggage yang dikeluarkan tadi ditarik sambil melangkah masuk ke dalam rumah kampung itu.

Ann keluar dari perut kereta Honda Civic miliknya.Nikon D7100 masih setia di tangan.Wak Yati hanya menggeleng-geleng memandang Ann.

“Kita datang sini sebab nak release tension.Bukannya menambahkan beban kerja kat kepala ni hah!”Omel Wak Yati.Ann senyum kelat.Dia tunduk merenung DSLR di tangan.Haihh..Nampaknya takde chance lah aku nak manja-manjakan kau.DSLR dimasukkan kembali ke dalam sling bag.Menonong sahaja dia masuk ke dalam rumah neneknya.

“Eh,apa langgar-langgar orang ni?!”Kamal berpaling ke belakang.Ann yang sudah buat muka cemberut tu dipandang geram.

“Apasal kau nak marah aku?Kau yang buat blocking kat tengah-tengah jalan!Nak salahkan aku pulak.”Wak Yati menampar kuat lengan anak dara dia tu.Ann kembungkan pipi sambil gosok perlahan lengannya.Kamal yang sudah menyalami mak dia ditenung dengan perasaan berbaur-baur.Rasa geram,rasa marah,eissh!Semua adalah!

“Apa pandang-pandang?!”Sergah Kamal.

“Siapa pandang dia entah.Perasan.”Ann sengaja melanggar bahu Kamal ketika melintasi mamat tu.Wak Yati hanya mampu menggeleng-geleng buat kesekian kalinya.”Maafkan anak wak tu ya,Kamal?Dia tu bukannya selalu macam tu.”

Eleh,kalau jumpa aku je mesti nak marah-marah.Perempuan PMS pun tak macam kau!Rungut hati Kamal.

”Takpelah wak.Saya tahulah saya ni siapa kan?Cuma menumpang je dalam keluarga ni..,”tutur Kamal sedih.Muka tak usah nak cakap!Macam tempe basi je.

Wak Yati rasa serba salah.Ann,siap kau mak kerjakan nanti!Pandai-pandai je nak cari gaduh dengan anak orang!
*  *  *

Labels:



0 Comments:

Post a Comment


|