Fly Away
Home About Follow Dash

owner[s]


" I just wanna fly away with my friend from all the bitch for a while "

tagboard




Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

THE UNSPOKEN - CHAP 4
Wednesday 25 December 2013 • 04:48 • 0 underspell





CHAP 4 – T.U

“ATIQAH,take over kerja aku kejap.”

Yana terus berlalu  ke toilet yang terletak di belakang kedai.Atiqah hanya menurut.

Jari diketuk-ketuk pada permukaan meja.Tangan kiri diangkat untuk melihat jam.Lama lagi ke Yana ni?

Bunyi pintu kedai dibuka membuatkan Atiqah menongkat kepala.Alamak!Dia pulak yang datang?


Black mencari-cari kelibat penjaga kaunter tadi.Aik.Tadi bukan ada yang jaga kaunter ke?

TAP!!

Black mencari punca bunyi itu datang dari mana.

“Adoii!Apahallah nasib aku malang sangat hari ni?”bisik Atiqah perlahan.Time ni dia tengah menyorok dari makhluk Tuhan tu.

“Hah!”Black menyergah manusia yang berada di bawah kaunter itu.

“Oh mak kau meletup kebaboom!”

Atiqah terlatah.Diulangi sekali lagi ya.Terlatah.Tahniah Atiqah.Kau dah berjaya memalukan diri kau depan mamat ni!Black yang sudah tersenyum meleret tu dipandang nak tak nak.              
                                                        *********
ASH berjalan-jalan di Alam Sentral.Blackberry Z10 dikeluarkan dari dalam purse.

Black tak reply pun mesej dia.

Apasal dia tak reply nih?Ada apa-apa jadi ke?Ash dah gelabah tak tentu pasal.

Black menyeluk poket seluar jeansnya.Sambil tu dia tersenyum memandang Atiqah.Mesej dari Ash dibaca.

‘B,you kat mana?Ada apa-apa jadi ke?’

Tangan dia menekan-nekan skrin telefon.

Ash tunduk pandang skrin telefon.Dahi dia berkerut.

‘Dear,I tengah tidurlah.Kalau u nak jumpa I,kita jumpa esok kay?’

Baru je ibu jari Ash nak letak dekat skrin telefon,bahu dia dilanggar.Blackberry Z10 miliknya terjatuh.Habis isinya terburai.Ash terjerit,selepas itu dia mendongak.

Lelaki yang melanggarnya tadi terus melintasi dia.Eh,mamat celup ni!Tak nampak ke phone aku yang dah berkecai ni?!

Ash meluru laju ke arah lelaki itu.Lengan milik lelaki itu ditarik kasar.

“Kau tak nampak ke phone aku yang dah terburai isi dia tu?!Ke kau saja buat-buat tak nampak?!”Ash memeluk tubuh.”Oh..Ni mesti kes tak nak ganti baliklah ni?Kan?!”

Leo menjongket sebelah kening.Apahal perempuan ni?Tetiba je datang sergah aku.Ash yang melihat dah memerah muka tahan marah.Eii mamat ni!Buat aku menyirap je!

“Kau cakap dengan aku ke?”Leo menuding jari telunjuk ke dada sendiri.

“Eh taklah.Aku cakap dengan lantai ni.”Ash membalas acuh tak acuh.

Leo sekadar angkat bahu.Beats yang ditanggalkan tadi dilekapkan semula ke telinga.Dia terus pergi meninggalkan Ash di tengah-tengah shopping mall tu.Ash hentak kaki dia yang tersarung heels 3 inci.Biarlah orang nak cakap dia gila ke,baru gaduh dengan boyfriend ke,ada dia kisah?

Dia melutut dengan kaki kiri untuk mengambil Blackberry Z10 yang dah tak ada rupa telefon tu kat lantai.Pelupuk matanya terasa bergenang.Ini..Ini hadiah yang arwah kakak dia bagi dulu.Tapi sebab mamat tulah telefon dia dah rosak!

‘Objek’ yang terdapat berdekatan dengan dia diambil.Macam mamat tu punya je..Tiba-tiba dia tersengih jahat dengan air mata yang tidak diseka lagi.
*********

Labels:



0 Comments:

Post a Comment


|