Fly Away
Home About Follow Dash

owner[s]


" I just wanna fly away with my friend from all the bitch for a while "

tagboard




Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

THE UNSPOKEN - CHAP 2
Wednesday 25 December 2013 • 04:32 • 2 underspell





CHAP 2-T.U

ATIQAH berlari-lari anak keluar dari perut kereta.Punat lock ditekan.Yana Florist adalah hala tujunya sekarang.

Go Atiqah!Chaiyokk!Jangan sampai kena bebel dengan bos!

BUKK!!

Atiqah terjatuh bila dilanggar seseorang.Dia menggosok punggung yang terasa pedih.Aduh!Makhluk manalah pulak yang langgar aku ni?


“Hey you!”

Atiqah mendongak.”Apa hey you hey you?!Ingat ni lagu CNBLUE ke apa?!”Apa kau ni Atiqah?Tahulah kau ni peminat fanatik group Kpop tu!

Vivian melongo.”Oh my!You peminat CNBLUE ke?”

Atiqah bangkit berdiri.Minah ni kenapa?”Woi perempuan!Takde angin,takde ribut,kau pergi tanya soalan luar silibus tu kenapa?Yang kau patut tanya sekarang ni,aku!Kau dah tolak aku sampai aku jatuh macam nangka busuk kat sini!”

Vivian mengelap muka dia bila air liur Atiqah tempias masa tengah nagging Vivian.Euwww!

”Stop!You ni!Boleh tak kalau cakap tu perlahan-lahan..Slowly..Barulah tak tempias kena muka I.”

Atiqah makin berasap.Eeeeii minah ni!Ada jugak yang merasa berenang dengan ikan yu jugak karang!”Eh kau ni..,”

“Tiqa!”Automatik kata-kata Atiqah terhenti bila suara Yana a.k.a bos,a.k.a bestfriend menerjah telinga.

“Eh Yana!Lama tak jumpa kau!Kau buat apa kat sini?”Atiqah bertanya bodoh.Padahal dah trang-tang-tang terpampang nama Yana dekat depan kedai tu.

Yana tarik senyum Joker.”Aku baru je sampai.Tunggu kau..,”Yana angkat tangan kiri tengok jam.”Nak dekat setengah jam jugaklah.”

Atiqah hanya mampu pinjam sengih kerang busuk.Huhu..Nasib kaulah kerang..Orang selalu guna nama kau.Padahal kau tak bersalah pun.

“Aku bagi kau 5 saat je untuk explain kenapa kau datang lambat hari ni.”

“Okey Yana.Aku mintak sorry sebab datang lambat hari ni.Tadi masa aku tengah drift kat highway tetiba ada UFO mendarat kat atas kereta aku.”

Yana buat muka toya.”Allah dah bagi kau otak untuk berfikir secara matang.”

Aduh!Pedasnya sindiran tepat-tepat kena batang hidung Atiqah.

“Okey okey.Aku explain okay.”

“Eh cop,cop,cop!”Vivian bersuara.Atiqah menoleh ke arah Vivian.Tak sedar ada orang lain dekat sini.

“Miss,you tak jawab pun soalan I tadi.”Atiqah kerut kening.

“You minat CNBLUE kan?”

Allah!Tak habis-habis lagi ke dia dengan CNBLUE dia tu?”Okay miss,aku tak tahu pun nama kau apa..,”

Vivian mencelah.”Vivian.Just call me Jack.”

Nama Vivian,tapi dari celah mana datangnya Jack tu?Atiqah sambut huluran salam Vivian.”Okey Jack.Aku tak tahu pun kau datang dari mana tetiba ada menyibuk dekat sini.Tapi,bila kau dah tanya tu aku jawab jelah ya?Aku memang minat CNBLUE.Okey?Is that enough?Now,just leave.Aku tengah discuss dengan bos aku ni.”

Vivian cepat-cepat angkat kaki dari situ bila Atiqah dah jegil mata kat dia.”Ah!Before that..,”

Vivian pusing balik menghadap Atiqah.

“Ya Allah!Apa lagi?!”

Vivian teragak-agak nak serahkan kad dia dekat Atiqah.Takut woo dengan harimau betina ni!”This is my card.Kalau you tak keberatan,boleh call I.Okey bye!”

Dia mencicit lari meninggalkan Atiqah dan Yana.
*********
ASH tepuk perlahan bahu Vivian.Vivian yang tengah mengelamun tu kalih pandang tempat lain bila nampak muka Ash.

Perasaan serba salah menghimpit diri Ash.Aduh camne ni?Dia garu kepala serupa beruk mak yeh.

“Jack,sorry..,”

Ash mencuri pandang wajah masam mencuka tahap tak hengat kawan dia.Vivian buat don’t know.”Jack,I’m so sorry.Babe,you pandang I.”

Ash memegang kedua belah pipi Vivian bila minah tu buat-buat tak dengar.

“I mintak maaf sebab lambat jumpa you tadi..,”

"Bukan jumpa pun.”Vivian mencelah.Ash buat tak endah dengan sindiran Vivian.”Tadi Baby minta I teman dia pergi beli barang.”Korang,baby tu nickname yang Ash bagi dekat baby boy dia,sape lagi kalau bukan Black.

“Teman pergi beli barang ke,teman tambah dosa?”

Ash hanya mampu tersengih kelat.”Alolo babe.I mintak maaf okey?Dahlah jangan merajuk..Jenuh I memujuk..”

Kalau ada orang lain tengok,sah-sah ingat diaorang ni lesbian.

Vivian tarik balik muncung dia.”Kalau you taknak I merajuk,you belanja I makan?”

“Okay,anything for you!”Ash bersuara ceria.
*********
“DEY,macha.Saya mahu teh tarik satu.Mi goreng satu.”Mamak itu sekadar mengangguk sebelum berlalu.

Farid hanya menjamu mata dengan melihat pelbagai gelagat pengunjung kedai makan itu.Pergerakan matanya terhenti bila melihat seseorang yang dikenalinya  melangkah masuk ke dalam kedai tersebut.Dia?!

*********

Labels:



2 Comments:

Blogger Asyu said...

pendeknyeeee huhuhu x puas

31 December 2013 at 01:05  
Blogger Unknown said...

haha sory akak,sy bdk baru belajar :)

31 December 2013 at 03:32  

Post a Comment


|