Fly Away
Home About Follow Dash

owner[s]


" I just wanna fly away with my friend from all the bitch for a while "

tagboard




Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

THE UNSPOKEN - CHAP 6
Friday 27 December 2013 • 03:30 • 0 underspell





CHAP 6-T.U

SEDARI tadi mata Atiqah tajam menikam wajah Leo.Leo hanya tunduk menekur lantai simen yang tak bernyawa.Ash menikus di tempatnya.Kejadian di rumah Leo tadi terlayar di ruang mata.

Mata masing-masing terarah ke pintu kayu yang diketuk bertalu-talu.

Leo bingkas bangun.Kemeja yang dipakainya dibetulkan sedikit supaya tampak kemas.Pintu rumahnya adalah hala tujunya sekarang.

Terpacul wajah 6 orang lelaki separuh umur yang berkopiah bila Leo menguak daun pintu.


Tubuh Ash menggigil-gigil bila teringatkan kedudukan Leo sangat rapat dengan dia tadi.Dia bangkit berdiri dari terbaring di atas sofa.Laju kaki Ash ingin melangkah keluar dari rumah Leo.Langkah dia mati mengejut bila 12 pasang mata sedang memandang ke arahnya.

Leo kalih pandang Ash.Mampus aku!

ATIQAH menekup mulut dengan tapak tangan ketika menguap.Aduh!Apa yang bising-bising dekat bawah tu?!Kacau betullah aku nak tidur.

Dia turun dari katil bujangnya.Atiqah menggeliatkan badan.Uratnya terasa tersimpul semasa dia tidur.Mata digenyeh sebelum menapak ke pintu bilik.

“Saya dah kata yang saya tak salah!Susah sangat ke pakcik nak percaya saya?”

Dari atas Atiqah dapat mendengar dengan jelas suara Leo.Apahal pulak budak ni?Rambutnya yang serabai disisir menggunakan celah jari.

“Habis tu macam mana pulak budak perempuan ni boleh ada dekat dalam rumah awak?Awak nak kata yang dia ni tiba-tiba muncul dekat sini pulak ke?”

Eh.Leo bawak kawan dia ke?Dia berpatah balik menuju ke biliknya.Tudung ekspress yang sudah sedia tersangkut di belakang pintu dicapai lalu disarung.

Leo meraup mukanya kasar.Ya Allah..Apa dosa aku sampai Kau duga aku begini?Ash yang hanya diam di sebelah dipandang.”Apasal kau tak cakap apa-apa?Jangan-jangan kau yang plan semua ni tak?!”

Ash hanya memekakkan telinga.Tidak mahu untuk mendengar cemuhan jantan keparat tu lagi.

“Eh kau dengar tak apa yang aku cakap ni?!”

Rambut Ash terasa perit bila ditarik kuat oleh Leo.”Woi kau ni dah gila ke apa?!Sawan?!”tempik Ash sambil tangan cuba melepaskan cengkaman Leo di rambut ikal mayangnya.Lelaki-lelaki dari pejabat JAIS itu cuba menenangkan 
Leo yang seperti hilang akal.

Atiqah terasa hendak pengsan apabila figura adiknya sedang mencekik leher seorang gadis menyapa pandangan.Dia bergerak laju mendekati mereka.Cengkaman tangan Leo di leher perempuan tu dileraikan.Ash menghela nafas lega.Dia menggosok-gosok tengkuk yang terasa berbirat.

Atiqah seperti tersedar sesuatu.Dia menjatuhkan pandangan pada setiap orang yang berada di ruang tamu itu.Kenapa ada seorang perempuan kat sini?Kenapa ada 6 orang pakcik?Takkanlah..

“Cik ni siapa?”soal seorang lelaki yang agak tua.

“Saya kakak dia.”Atiqah menjawab sambil menudingkan jari ke arah Leo.

“Ada bukti ke yang awak ni kakak dia?”sampuk seorang lagi lelaki.

Atiqah berjalan ke arah kabinet yang terletak di sudut rumah.Beberapa dokumen diambil dari dalam laci.

Lelaki yang menyoal tadi menyambut dokumen yang dihulurkan Atiqah.Setelah meneliti segala apa yang perlu,dia kembali menyerahkan dokumen itu kepada Atiqah.

Lelaki tua itu berdehem.”Jadi,siapa perempuan ni?”Perempuan yang dimaksudkan adalah Ash.

Atiqah teragak-agak nak jawab.Siapa perempuan ni?Takkanlah aku nak cakap yang aku tak kenal?”Erm..Ini kawan…saya.Saya yang ajak dia datang rumah saya.”

Lelaki yang memakai serban kelihatan ragu-ragu dengan jawapan Atiqah.”Kalau kawan awak..,”Dia menoleh memandang Ash.”Kenapa dia ada bersama-sama dengan adik awak dekat bawah?Sedangkan awak muncul dari tingkat atas.”

Ash menelan air liur yang terasa kesat.Tulah Ash!Kau cari bala lagi!Siapa suruh kau datang rumah dia?Suka hati kau je ceroboh rumah stranger!”Sebenarnya..pakcik,tadi kawan saya nak ambil barang dekat atas.Jadi saya tinggallah sorang-sorang kat sini.Lepastu adik dia keluar dari dapur.And masa tulah pakcik-pakcik sekalian muncul.”

Ash mencelah.Bila terasa Atiqah dan Leo menjeling tajam,dia tundukkan muka.

“Kamu tahu tak apa yang akan terjadi kalau seorang perempuan dengan seorang lelaki duduk berduaan?Mestilah ada makhluk Allah yang ketiga..,”

Mereka terpaksa menadah telinga mendengar syarahan lelaki yang memakai cermin mata.Sebelum lelaki dari pejabat JAIS itu meninggalkan rumah Leo dan Atiqah,mereka sempat menitipkan pesanan.”Ingat apa yang kami kata tadi.Maruah perempuan bukannya boleh dipijak sesuka hati.Jangan berkelakuan sosial sangat.Nanti orang lain cakap yang bukan-bukan pasal kamu,Ash,Atiqah.”

Meja makan berdentum apabila Atiqah menepuk dengan kuat.Ash tersentak.Lamunannya semasa kejadian tadi hilang serta-merta.

“Ada apa-apa yang kau nak cakap?”

Soalan Atiqah Ash jawab dengan gelengan.Atiqah menjuihkan bibir sebelum tangan dibawa memeluk tubuh.

“Kau buat apa dekat rumah kitaorang?”Atiqah menyoal lagi.

“Saya datang sebab nak tuntut bela.”Kening Atiqah yang terukir cantik itu berkerut.”Tuntut bela?

Tuntut bela untuk apa?”

“Handphone saya,”selamba Ash menjawab.

Dua perkataan itu sudah cukup untuk membuatkan Leo mahu menerkam Ash lagi.”Eh kau ni apahal?!Lepas apa yang dah jadi tadi kau senang-senang je cakap kau nak tuntut bela handphone kau!Okay,masa dekat shopping mall tu aku mintak maaf sebab tinggalkan kau dengan handphone kau dah terburai isi dia tu.Masa tu aku rushing nak balik rumah aku.Nanti aku gantilah balik handphone cikai kau tu.”

Leo dah ingat balik dekat mana dia jumpa Ash.

“Handphone cikai kau kata?Wei,kau cakap sedap mulut je kan.Kau buta,tak nampak brand handphone aku ke apa?!”

Leo memandang Ash sinis.”Sekali lagi aku cakap.Buat apa aku nak tengok brand handphone kau ke,nak kenal kau ke tak.Sebab prinsip aku,aku tak akan kenal dengan..,”Ash dipandang dari atas sampai bawah.”Perempuan bohsia macam kau!”

Ash terasa mahu menangis.Belum pernah dalam hidupnya ada seorang lelaki yang akan menghinanya sebanyak dua kali.

Atiqah memicit pelipis.Ya Allah takkanlah adik aku berubah sampai macam ni sekali..?

Leo hanya memandang tanpa perasaan belakang tubuh Ash yang menghilang di sebalik pintu rumahnya.Lantak dialah!Nak balik ke,apa ke?Pergi mampus lagi bagus!

*********

Labels:



0 Comments:

Post a Comment


|