Fly Away
Home About Follow Dash

owner[s]


" I just wanna fly away with my friend from all the bitch for a while "

tagboard




Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

THE UNSPOKEN - CHAP 5
Thursday 26 December 2013 • 08:54 • 0 underspell




CHAP 5 – T.U

“MANA phone you?”Vivian menghala pandangan ke wajah Ash.Pelik.Selalunya kalau takde fon BB kesayangan Ash kat tangan tu memang tak sah.

Ash tarik muncung kat bibir.”Phone I dah kena langgar lari.”

Vivian kerut kening.Aik.Phone pun ada kena langgar lari ke?”Means?”

“Minggu lepas,I jalan-jalan dekat shopping mall,masa tu I tengah texting dengan babyboy I.Lepastu,tetiba ada orang langgar bahu I.Nasib baik I tak jatuh macam nangka busuk kat situ,kalau tak..,”Ash menghembus hingus ke tisu yang berada di dalam genggaman.Dia takkan menjadi seperti budak hingusan kalau tak menangis.


Ash dipandang simpati.Adoilah..Kalau aku tahu siapa yang buat macam ni kat 
Ash,memang dah lama makan kayu besbol abang aku kat rumah tu!

“Ash,baik you cakap siapa yang buat you macam ni.Kalau dia tak makan penumbuk  I,you lah yang kenyang hari ni.”

Suara Vivian mendatar.Siapa yang tak marah bila bestie sendiri kena buli dengan orang lain?Kalau dia yang buli Ash,tak apalah.

Ash merenung Vivian dengan mata yang berkaca.Oh so sweet..Ingatkan Jack ada perangai baran je,tapi bila tengok side Jack yang lain.Baru tahu Jack memang sayang kat dia.Vivian yang tengah genggam penumbuk terus jatuhkan tangan ke atas riba bila tengok Ash pandang dia macam tu.Aduhai..Ash memang tahu macam mana nak handle dia bila dia tengah marah.

“Habis sekarang,you nak buat apa?”

Soalan Vivian tu Ash sambut dengan senyum nakal.Vivian yang melihat dah berkerut dahi.Bila Ash tayangkan segugus kunci dekat depan dia,rahang bawah Vivian jatuh.

“Don’t say that..,”Vivian tak sambung ayat.Dia tahu apa yang Ash nak buat.Ash takkan perdajalkan siapa-siapa kalau orang tu tak cari pasal dengan dia.Pernah masa form 4 dulu Ash belasah Amanda sampai lunyai bila Amanda peluk lengan boyfriend Ash.Sebab tulah jangan cari pasal dengan Ash,tempah pengsan namanya.
*********
LEO menggamit seorang kanak-kanak perempuan mendekatinya.Bunga rose berwarna merah ditangan dihulurkan.Lalu dia berbisik sesuatu ditelinga kanak-kanak itu.

Nana berlari mendapatkan Marissa yang sedang menulis sesuatu di buku nota.Marissa mengangkat kepala bila merasakan ada seseorang sedang berdiri di sebelahnya.”Hei Una.Kenapa lari-lari tadi?Kalau jatuh macam mana?”Marissa mendudukkan Nana di atas ribanya.

Nana tidak membalas apa-apa sebaliknya bunga ditangan diberikan kepada Marissa.

Spontan Marissa jongket kening.”Siapa yang bagi ni?Una ke?”Dia menggomol-gomol pipi gebu Nana.Kanak-kanak itu ketawa mengekek.”Abang yang bagi..”

Jari kontot Nana menunjuk ke satu arah.Marissa berpaling untuk melihat dengan lebih jelas.Seketika dia mengukir senyum.Leo membalas senyuman gadis kesayangannya.Dia melabuhkan duduk  disebelah Marissa.

“How’s your day?”Leo menyoal biarpun dia sudah tahu jawapannya.Melihat saja wajah Marissa yang tersenyum ceria dia pasti gadis itu gembira.

“Good.”

Marissa membalas sepatah.Bunga kesukaannya dihidu.Wangi.Dia menoleh memandang Leo yang juga sedang merenungnya.Mereka bermain mata.Nana memandang kakak dan abang angkatnya silih berganti.Alaa..Diaorang buat macam kita ni tak wujud pulak.Mana aci!

“Kakak!Abang!”

Serentak dengan itu,tangan kecil milik Nana menampar kuat paha Marissa dan Leo.Mereka terjerit kecil.Kemudian Leo dan Marissa menggeletek pinggang Nana.

Nana tidak dapat menahan diri daripada ketawa.”Haha!Abang,kakak.Janganlah..Haha!Geletek kita!”Kali ini giliran Nana pula yang menggeletek Leo bila dia dapat melepaskan diri dari mereka.Masing-masing ketawa gembira.Kalau dilihat dengan mata kasar pasti ada orang yang menyangka mereka sebuah keluarga yang bahagia.

Ash pun begitu.Sekarang ni dia tengah perhatikan Leo.Mesti perempuan ni isteri mamat celup tu.And mesti budak perempuan yang comel tu anak diaorang.Kunci yang berada di dalam genggaman dia tenung.Agak-agaknyalah kan,kunci ni untuk rumah ke?
*********
JEJAKA itu menolak pintu pagar rumahnya.Aik.Kenapa tak berkunci ni?Dia segera menapak laju ke dalam rumah untuk memastikan tiada sesiapa di rumah teres miliknya.Leo terbau sesuatu yang lain di ruang tamu.Dia menghidu-hidu punca bau.Macam bau perempuanlah!

Bunyi derap tapak kaki membuatkan dia berpaling.Melotot mata dia bila pandang manusia yang sudah tersenyum jahat ke arahnya.
*********
ASH berjalan mendekati Leo yang sudah terpaku macam patung cendana kat tengah ruang tamu tu.Lengan lelaki itu dipeluk.Sambil tu mata dia melilau-lilau mencari kelibat seseorang.Mana isteri dia ni?

Leo tersedar.Bila terasa ada seseorang yang tengah menggesel-gesel dekat dia,cepat-cepat dia toleh kanan.”Eh,kau siapa?Apahal kau ada dekat rumah aku ni?”Ash ditolak jauh-jauh.Minah tu boleh pulak tersengih gatal kat aku.Memang dia ni nak kena ngap dengan aku ke apa?

Kau tak ingat dekat aku ke?”

Leo tuding jari ke dada sendiri.”Aku..,”Lepas tu dia tuding ke muka Ash yang hanya paras bahu dia.”Nak kenal perempuan jalang macam kau?”

Ash terasa darah menyerbu ke muka.Perempuan jalang dia panggil aku?!”Eh kau siapa nak panggil aku perempuan macam tu?!Kau fikir kau tu baik sangatlah?!”Dia tolak kasar badan Leo.Pemuda itu hanya menyungging senyum sinis.

“Kalau dah ceroboh rumah orang bujang,tak ke namanya ja..,”kata-kata Leo terhenti bila Ash lempang dia.Eh minah ni,dah lebihlah ni!Dia terus menolak Ash jatuh ke atas sofa yang berhampiran.”Eh perempuan!Kau jangan nak lebih-lebih eh!Kau masuk macam penyamun dalam rumah aku lepastu kau nak lempang aku pulak.Buat malu kaum perempuan jelah kau ni!”

Ash terasa mahu menjerit bila Leo dah tindih badan dia.Ya Allah..Kenapa jadi macam ni?Baru je tangan Leo nak cengkam leher Ash,pintu rumah diketuk.

*********

Labels:



0 Comments:

Post a Comment


|